Di atas katil

Sebuah cerpen Bahasa Melayu yang ditulis oleh kawanku, Mei 2017.

Matahari sudah lama meninggi walhal Fiona masih tidur lena dibuai mimpi pada pagi Isnin itu. Kakinya terkangkang dalam posisi yang agak aneh di atas tilam yang empuk dilapik cadar Ikea yang berwarna oren garang dan bercorak petak-petak. Dengkuran Fiona jelas kedengaran dalam suasana biliknya di tingkat atas banglo mewah yang sunyi itu.

Entah bila dia akan terjaga dari tidur, fikirku. Perut aku berkeroncong dan air liurku meleleh memikirkan hokkien mee dan char kuay teow kegemaranku yang belum lagi aku nikmati semenjak bertapak kaki ke Pulau Mutiara ini. Memang tempat ini terkenal dengan sajian tempatan yang enak tiada tandingannya.

‘Sudah berapa lama kau tercegat di sini?’ Suara Fiona membuatku tersentak seketika. Rupa-rupanya kawan baik aku ini sudah bangun tidur. Dia tersengih dan mencapai kaca matanya di meja tepi katilnya.

‘Oh, tak lama.. Cuma aku biasa bangun awal.. bukan macam kau, tidur mati.’ Aku mengejek Fiona yang memang pandai tidur. Maksudku ada sesetengah orang yang senang masuk tidur dan tidur dengan lena, tidak kira waktu siang atau malam, time zone London atau Kuala Lumpur, diberi tilam KingKoil atau bertemankan batu sebagai bantal.

‘Kau mesti lapar ya.. Dahlah, aku tukar baju lepas tu kita pergi makan di kedai kopi dekat pasar Sungai Ara nanti.’ Memang kawanku paling memahamiku.

‘Wah, best-nya! Okey aku tunggu kau di bawah,’ balasku sambil tersengih.

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s